eKelas Matematik & Sains (Minggu 17)

14 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2019, Sabtu seramai 10 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 5 telah menghadiri kelas tuisyen Matematik dan Sains yang bertempat dibilik latihan pusat internet tebelu. Kelas tersebut telah bermula dari jam 10:20 pagi dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang ditetapkan.

Pada minggu ini, pelajar bersama-sama cikgu mengulangkaji pelajaran mataematik dan sains menggunkan learning port. Setiap selesai sesi pembelajaran, para pelajar akan membuat
aktiviti berkumpulan. Setelah selesai aktiviti berkumpulan pelajar diarahkan untuk memuatnaik hasil kerja mereka didalam portal ekelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali